« July 2016 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
You are not logged in. Log in

BLOG PGPISR
Thursday, 12 February 2009
Teks Bercerita dari al Qur'an MTQSS 2009
Mood:  happy
Topic: Teks Cerita Perempuan

TAJUK :

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

 

 

Terima kasih  Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta hadirin  sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

        Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab dari yang berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail A.S.

 

        Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat Assabiyah yang kuat.

 

        Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

 

Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya

Pasukan bergajah yang amat gagah

Datang menyerbu kota mekah

Menghancurkan Ka’abah satu matlamat

Ingin membina empayar jajahannya

                                                                                                                                                                               sajak                                                                                                     

Kuasa Allah Maha berkuasa

Tentera abrahah hancur dan musnah

Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan neraka

Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.

 

Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :

óOs9r& tA s? y#øA‹x. @yèsù y7A•/uA‘ É=»ptõ¾r'Î/ È@A‹Ïÿø9$# ÇÊÈ   óOs9r& ö@yèøgsA† ö/èfyA‰øx. A’Îû 9@A‹Î=ôÒs? ÇËÈ   @yA™öA‘r&ur öNÍkön=tã #·öA sÛ @A‹Î/$t/r& ÇÌÈ   NÎgA‹ÏBöA s? ;ouA‘$yÚÏt¿2 `ÏiB 9@ÅdÚÅA™ ÇÍÈ   öNßgn=yèpgmú 7#óÁyèx. ¥Aqà2ù'¨B ÇÎÈ  

 

        Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telahpun menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya insan istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada Allah swt  bahawa akan lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan nabi yang terakhir yang akan memimpin ajaran sebenar.

 

 

Firman Allah Surah As-Sof (61) ayat ke-6:

A’ÎAù't .`ÏB A“ÏA‰÷èt/ ÿ¼çmèÿô$# ßA‰uH÷qr&

 Maksudnya: ”.......yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.”

-------------------

Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab, tidak lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.

 

        Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannya ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah Yang Maha esa dari keburukan semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."

Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang menakjubkan ini menunjukkan bahwa di masa depan Muhammad akan diangkat sebagai Nabi Allah.

Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya Abdullah meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang mengandungkan anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila memerima perkhabaran tersebut.

Akhirnya,

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah

Tarikh kelahiran junjungan mulia

Seluruh alam bersyukur dan bergembira

Lahirnya insan yang teristimewa

Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.

 

Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:

Terpadamlah api di biara Majusi

Runtuhnya istana kisra di parsi

Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.

Tanda kelahiran junjungan mulia.

 

Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:

!$¯RÎ) A »oYù=yA™öA‘r& #YA‰Îg»x© #\A Ïe±t6ãBur #\A ÉA‹tRur ÇÑÈ

 

 

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai seorang rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai pembawa berita kegembiraan kepada orang-orang yang beriman serta pemberi amarah kepada orang-orang yang ingkar.

        Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk rasulullah.

 

        Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling kota mekah untuk memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran nabi, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi dengan begitu gembira sekali.

 

        Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan.Sambil disaksikan oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.


        Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.


        "Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan."

 

        Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.


        Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka  ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.


        Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata diantara wanita yang datang itu.
       

 

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.


        "Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

         Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagi menyusukanya dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak baik di kota mekah.

 

Allah  berfirman dalam Surah Al-Ahzab:

 

ôA‰s)©9 tb%x. öNä3s9 A’Îû ÉAqßA™uA‘ «!$# îouqóA™é& ×puZ|¡ym

Ertinya : ” Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik ”


               Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda.

 

Sekian..

 

Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt.


 

TAJUK :

KISAH KETABAHAN NABI AYUB A.S

 

Terima kasih  Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta hadirin  sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah ketabahan Nabi Ayub a.s

 

 

Daun mengkuang si daun pandan

Mari dianyam ditanah rata                               pantun

Mari bersama ambil tauladan

Ketabahan Nabi Ayub tajuk cerita

 

Tahukah rakan-rakan siapakah Nabi Ayub itu?..... dan kenapakah baginda dijadikan contoh dalam hal ketabahan atau kesabaran?.........

 

Hadirin sekalian

             Nabi Ayub merupakan manusia yang istimewa dalam segala hal kekayaan  dan cukup sabar.Walaupun Nabi Ayub hidupnya mewah, beliau tidak sombong dan takbur dengan kekayaannya, malahan baginda tetap kuat beribadat kepada Allah. Nabi Ayub a.s sentiasa menyeru umatnya supaya taat kepada Allah walau apa jua  keadaan sekalipun.

Dalam kesempatan itu,  pelbagai helah dan gangguan telah iblis lakukan untuk menguji baginda dalam  semua perkara  . Iblis telah mencerai-beraikan keluarga baginda yang ramai dan rukun itu. Hasutan iblis menyebabkan ramai umatnya  membenci baginda . Hasil ladang dan kebun, ternakan semakin hari semakin merosot. Kemarau yang panjang dan banjir besar berlaku. Kekayaan dan kemewahan yang dimiliki  musnah dan akhirnya baginda  menjadi miskin. Walaupun demikian, ketabahan, keimanan dan ketakwaan nabi Ayub a.s  semakin

 Utuh .Sebagaimana  firman Allah dalam surah  Shaad ayat 44 :……

 

$¯RÎ) çm»tRôA‰y`ur #\A Î/$|¹ 4 zN÷èÏoR ßA‰ö7yèø9$# (

Ertinya  ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang Yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba;

 

Hadirin sekalian

Sekiranya manusia memiliki sifat sabar seperti nabi Ayub, sudah tentu hidup kita aman , harmoni dan akan mencapai ketakwaan yang teguh. Sebagaimana yang berlaku  di Palestin pada hari ini, mereka tetap sabar walaupun pelbagai serangan di lakukan oleh pihak zionis terhadap mereka.

 

Kawan – kawan

 

            Iblis  tidak jemu dan putus asa, malah terus mencuba. Iblis serta kuncu-kuncunya pun pergilah ke suatu tempat tinggal anak-anak Nabi Ayub iaitu di suatu gedung yang penuh dengan pelbagai kemewahan dan kemegahan. Lalu iblis mengoyang-goyangkan gedung itu sehingga roboh lalu menimpa ke atas anak-anak baginda dan terrus bergelimpangan mati. Melihat keadaan itu, baginda merasa  sangat sedih sambil menangis. Baginda redha dengan pemergian anak-anak.

Sebagaimana firman Allah surah As Shod ayat    40  :

 

¨bÎ)ur ¼çms9 $tRyA‰ZÏã 4A’s"ø9âA“s9 z`ó¡ãmur 5>$t«tB ÇÍÉÈ

Ertinya : “Dan Sesungguhnya ia mempunyai kedudukan Yang dekat lagi mulia di sisi kami, serta tempat kembali Yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

 

Kawan-kawan..

Sebagai pengajaran, kita seharusnya redha dengan apa jua kebaikan dan keburukan yang telah menimpa kita. Sebagai contoh, jika kita gagal dalam peperiksaan yang kita hadapi, maka kita

harus redha dan menerima dengan penuh rasa rendah diri.

 

Hadirin sekalian

Iblis merasa marah  kerana usaha yang dilakukannya tidak dapat menggoncang keimanan, kekuatan, ketaatan serta ketabahan nabi Ayub. Dalam keadaanbegitu  sekali lagi datang menemui Allah.

         “ Wahai  Allah “…. Sekiranya nikmat kesihatan yang engkau berikan kepada nabi Ayub ditarik kembali, sudah tentu Ayub tidak akan dapat menginggatimu, melakukan ibadat dan sebagainya. Iman Ayub pasti akan berkurang ”

 

 

Hadirin sekalian

            Dalam keadaan itu, Iblis terus berniat jahat terhadap baginda lalu menaburkan kuman ke dalam tubuh badan baginda, semenjak dari hari itu,  badan baginda  mulai kurus, lemah serta tubuh badan  mula ditumbuhi bintik-bintik kudis, semakin lama semakin teruk sehingga berulat. Penderitaan Nabi Allah Ayub menanggung penyakit ini selama 80 tahun. Ramai dari kalangan sahabat handainya menjauhi nabi Ayub kecuali  isterinya  sahaja yang berada disisi.

 

 Bagaimanakah sekiranya kita yang menghadapi penyakit tesebut ?....... tetapi nabi Ayub tetap mengucapkan syukur, mengingati Allah malahan mulut nabi Ayub tidak henti-henti mengucap tasbih kepada Allah.  Kita sebagai hamba allah hendaklah sentiasa berzikir mengingati Allah setiap masa.Kita mesti redha dalam menghadapi musibah yang tidak baik berlaku ke atas kita.

 

Hadirin sekalian

Dalam keadaan yang segetir ini seorang hamba Allah yang terbujur tidak bermaya selain mengharap redha Allah, si iblis menjelma lagi kononnya sehabat nabi Ayub sewaktu sihat dahulu. Si iblis mula melafazkan kata-kata manisnya cuba menghasut pula isteri nabi Ayub. Wahai isteri nabi Ayub…… apalah gunanya engkau bersuamikan leleki yang sudah menderita sekian lama. Dalam hati isteri nabi Ayub, ia terfikir juag berbuat demikian, akan tetapi rasa sayang dan taatnya kepada nabi Ayub, ia tidak sanggup berbuat demikian. Pada suatu hari isteri nabi Ayub berbisik kepada suaminya…. Wahai sayangku sampai bilakah  engkau diseksa oleh tuhanmu ini?..... dimanakah kekayaan, anak-anakmu, sahabat-sahabat karibmu dan kawan-kawan terdekatmu? ..Wahai sayangku apakah engkau tidak sanggup lagi bersuamikan aku makanya imanmu kian menipis? Kata nabi Ayub. Kalau engkau tidak sanggup lagi tinggal bersama ku, pergilah dan tinggalkan aku bersendirian di rumah tanpa anak dan isteri. Selepas pemergian isterinya, nabi Ayub berdoa kepada Allah “ wahai Tuhanku aku telah diganggu oleh syiton dengan kepayahan dan kesusahan serta siksaan, sesungguhnya engkaulah Tuhanku yang maha pengasih dan maha penyayang  . 

       

 

 

 

 

 

Allah telah memakbulkan  doa nabi Ayub lalu berfirman dalam surah As- Shod ayat 42

 

ôÙä.öA‘$# y7Î=ô_ÌA Î/ ( #xA‹»yd 7@|¡tFøóãB ×ÍA‘$t/ Ò>#u°ur ÇÍËÈ

Ertinya : " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

 

Sabar adalah sebahagian daripada iman,  orang yang tabah akan selalu mendapat rahmat dari Allah. Sebaliknya orang yang  bersifat tergesa-gesa akan mengalami kerugian yang amat besar.

 

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian,  wabillahi taufik wal hidaya wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

TAJUK :

KISAH NABI MUSA A.S. MENUNTUT ILMU

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Terima kasih  pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, seterusnya hadirin sekalian.

Pernahkah kawan-kawan mendengar cerita tentang  kisah Nabi Musa a. s. menuntut ilmu? Begini ceritanya kawan-kawan…..

     Pada suatu hari ,  selepas Nabi Musa berucap , bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya, “ Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?” Dengan pantas baginda  menjawab “Aku!”, Bertanya lagi “Adakah pernah kau tahu, ada orang lebih berilmu daripada kau?” “Tidak!” jawab baginda. Tetapi jawapan baginda segera ditegur Allah . Lantas wahyu diturunkan  menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu .Baginga  insaf dengan teguran Allah itu,  lantas bertanya “Wahai Tuhanku, bagaimana caranya aku dapat menemuinya”? Allah menjawab: “Bawalah ikan ke dalam tempat sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hambaKU itu”. Bersama seorang pengikutnya, Yusak Bin Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga menemuinya di satu tempat di mana bertemunya dua lautan.Firman Allah dalam surah Al Khafi ayat 60 :  

øÎ)ur ^$s% 4ÓyA›qãB çm9tFxÿÏ9 Iw ßytA ö/r& #_¨Lym x÷è=ö/r& yìyJôftB Ç`÷tA óst7ø9$#

Ertinya : ” Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga Aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu.

 Tahukah kawan-kawan bahawa sifat riak adalah merupakan salah satu sifat yang paling dibenci oleh Allah S.W.T,.Oleh itu marilah kita menjauhi daripada sifat tersebut.

 

 

 

Hadirin sekalian...

Setelah berjalan jauh mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu lalu berhenti rehat . tiba-tiba ikan yang berada di dalam sangkar itu meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Dengan kuasa Allah SWT terbentuklah aliran air sehingga memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya’ terpegun memerhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, beliau tertidur dan. Kemudian beliau lupa untuk menceritakannya kepada Nabi Musa a.s. Mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya hingga pada keesokan paginya, Nabi Musa berkata kepada Yusya’

 

$£Jn=sù #yA—ur%y` tA$s% çm9tFxÿÏ9 $oYÏ?#uä $tRuä!#yA‰xî ôA‰s)s9 $uZÉ)s9 `ÏB $tRÌA xÿyA™ #xA‹»yd $Y7|ÁtR ÇÏËÈ

Ertinya : “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)

Tiba-tiba Yusya’ teringat apa yang berlaku semaasa mereka singgah di batu tadi, lalu diceritakan apa telah berlaku kepada baginda.  Tiba-tiba , baginda  segera teringat sesuatu, bahwa mereka sudah menemukan tempat pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya. Kini, kedua-dua mereka berpatah balik untuk kembali ke tempat tersebut. Baginda Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.”

          Tiba-tiba  Nabi Khidir dengan tegas, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku”. “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu kurniaan Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.” Nabi Musa seterusnya berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.”Kemudian  Nabi Khidir selanjutnya mengingatkan, firman Allah dalam surah (Surah Al-Kahfi : 70)

tA$s% ÈbÎ*sù ÓÍ_tF÷èt7¨?$# xsù ÓÍ_ù=t«ó¡s? `tã >äóÓx« #Ó¨Lym y^ÏA‰÷né& y7s9 çm÷ZÏB #[A ø.Ï ÇÐÉÈ

Ertinya “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.”
      Kawan-kawan, dalam menuntut ilmu kita hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru . Sesungguhnya keberkatan ilmu yang kita perolehi itu adalah daripada keredhaan guru.

        Seterusnya Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir dan dalam perjalanan tersebut terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Nabi Musa a.s. yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Kejadian pertama adalah apabila Nabi Khidir menebuk perahu yang ditumpanginya mereka. Nabi Musa tidak dapat menahan hatinya untuk bertanya lantas beliau terus bertanya. Nabi Khidir kemudian memperingatkan janji tersebut, dan akhirnya baginda meminta maaf kerana mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.
     Apabila mereka sampai di satu  daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannya. Pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tidak dapat menahan dirinya untuk menanyakan hal tersebut . Nabi Khidir kembali mengingatkan janji tersebut , dan  diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya. jika beliau masih bertanya lagi maka baginda harus rela untuk tidak meneruskan perjalanan  bersama Nabi Khidir.
      Seterusnya mereka meneruskan  perjalanan hingga sampai di kawasan  perumahan. Mereka keletihan  dan meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap penduduk  tidak begitu mesra dan tidak menerima kehadiran mereka. Hal ini membuat Nabi Musa merasa kesal .Setelah dikecewakan oleh penduduk, lalu Nabi Khidir menyuruh baginda untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rosak di daerah tersebut. Nabi Musa menahan dirinya lagi untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan bahawa baginda tidak diterima sebagai muridnya dan baginda tidak perlu lagi untuk terus meneruskan perlajanan  
      Nabi Khidir turut menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya.

 

Kejadian pertama adalah Nabi Khidir membocorkan perahu yang mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya.
       Kedua, Nabi Khidir menjelaskan  pembunuhan seorang anak kerana kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong ibu bapanya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga ke anak cucunya.
        Ketiga,  Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Di dalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang diwarisi untuk mereka berdua. Ayah kedua adik-beradik telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka ada kemungkinan harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua kakak beradik tersebut masih cukup kecil untuk dapat mengendalikan harta peninggalan ayahnya.

Kawan-kawan , kesabaran adalah  kunci  utama dalam menuntut ilmu. Setiap murid juga harus patuh dan memelihara adab dengan gurunysa. Pernah tak kita terbaca di dalam akhbar-akhbar tentang gejala-gejala sosial yang berlaku sekarang ini yang mana kebanyakannya berkisar kepada keruntuhan akhlak pelajar akibat tidak menghormati guru. Oleh itu, marilah kita sama-sama menuntut ilmu agar terhindar daripada gejala  sosial ini.

Sampai setakat ini sahaja kisah saya kali ini sekian.. Wabillaahi taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmattullahi Wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAJUK :

PERISTIWA NABI ISA DIANGKAT KE LANGIT

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih  pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, seterusnya hadirin sekalian Terima  kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : Peristiwa nabi Isa diangkat ke langit.

Hadirin sekalian

Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s dilahirnya tanpa bapa.. Dengan ketaatan serta tidak pernah ingkar suruhan Allah oleh ibu baginda Maryam, dengan mukjizat Allah maka Maryam mengandungkan baginda a.s . Frman Allah dalam surah Ali Imran ayat 45 yang berbunyi…..

ãNtöA yJ»t.... ¨bÎ) ©!$# Ï8çÅe³u;ã 7pyJÎ=s3Î/ çm÷ZÏiB çmßJóA™$# ßxÅ¡yJø9$# Ó|¤Ïã ßûøó$# zNtöA tB

Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam,”

Kawan-kawan...

Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang terbaik disebaliknya. Setiap perkara yang terjadi adalah kehendakNya. Jannganlah kita mempersoalkan apa yang telah berlaku malah kita hendaklah berserah dan redha dalam kehidupan kita walau apa jua perkara menimpa. Perkara utama ialah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hadirin sekalian..

 

 

Setelah baginda dilahirkan, semasa baginda masih dalam buaian baginda boleh berkata-kata. Itulah Mukjizat Allah S.W.T  Setelah meningkat dewasa baginda telah dijar oleh Allah mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.

Dengan Izin Allah, maka  Nabi Isa dilantik menjadi rasul dan utusan Allah untuk kaumnya. Baginda meyeru kepada kaumnya agar taat kepada Allah. Baginda menyeru untuk kembali jalan yang benar. Firman Allah  dalam surah al – Imran ayat 51 :

   ¨bÎ) ©!$# A†În1uA‘ öNà6/uA‘ur çnrßA‰ç6ôã$$sù 3 #xA‹»yd ÔÞºuÅÀ ÒOÉ)tGó¡A•B

Ertinya :. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan Yang lurus".

Hadirin sekalian..

Nabi Isa a.s. telah dikurniakan mukjizat – mukjizat dari Allah S.W.T untuk membuktikan akan kekuasaan Allah terhadap kaumnya. Antara mukjizat baginda membuat bentuk seekor burung dari tanah liat  kemudian ditiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup). Baginda boleh menyembuhkan orang buta  sopak, baginda boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati

Ya kawan-kawan ,

Mukjizat adalah adalah satu keistimewaan yang Allah telah berikan kepada rasulNya. Kita hendaklah percaya akan kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa yang lain selain dari kuasa Allah. Pada masa sekarang kita lihat, ramai lagi masih percaya dengan perkara yang khurafat dyang kononnya kuasa yang mereka puja itu dapat membantu mereka dan menyelesaikan kesulitan mereka

Hadirin sekalian 

 Usaha nabi Isa a.s dalam menyampaikan dakwah telah mendapat tentangan yang amat amat hebat daripada pengikut ajaran nabi Musa a.s yang telah diselewengkan oleh bangsa Yahudi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan duniawi.

Pelbagai usaha yang kaumnya lakukan untuk membunuh dan melenyapkan baginda dari dunia ini. Allah Maha Kuasa . Setiap apa yang dirancang oleh kaumnya  akan menemui jalan buntu. Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 54 ;

(#rãA x6tBur tA x6tBur ª!$# ( ª!$#ur çöA yz tûïÌA Å3»yJø9$#

Ertinya : “Dan orang-orang (Yahudi Yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak Yang membalas (dan menggagalkan Segala jenis) tipu daya”

Kawan-kawan..

Janganlah menggunakan agama Allah untuk mendapatkan keuntungan di dunia semata-mata kelak nanti kita akan binasa. Sebagaimana kita lihat sekarang, ramai manusia mempergunakan  agama Islam walhal mereka bukan orang betul-betul beramal dengan agama islam  tetapi mempergunkan untuk mengaut keuntungan  yang berganda.  Dan janganlah menngunakan pelbagai helah untuk mendapat keuntungan yang akhirnya pasti akan memakan diri.

 

Tersebutlah kisah Yahuda celaka

Terpedaya dengan kebendaan dunia                         

Sanggup mengkianati kawan sebaya                   Pantun

Akibta angkara yahudi durjana  

 

Allah s.w.t telah mengubah wajah Yahuda serupa dengan nabi Isa tanpa ada perbezaannya walaupun sedikit. Yahuda merupakan seorang murid yang terpilih, akan tetapi dia sanngup mengkianati Baginda ini akibat angkara yahudi.

 

Dengan kekuasaan Allah S.W.T turunlah firman Allah  dalam surah Ali Imran ayat 3.55 yang berbunyi

øÎ) tA$s% ª!$# #Ó|¤Ïè»t A’ÎoTÎ) A A‹ÏjùuqtGãB y7ãèÏù#uA‘ur ¥A’n<Î) x8ãA ÎdgsÜãBur ÆÏB tûïÏ%©!$# (#rãA xÿ2

Ertinya :  ”(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir,

Hadirin sekalian

Setelah nabi Isa a.s diangkat oleh malaikat ke langit ketiga ,  maka berlakulah keajaiban yang sememangnya sukar dipercayai dengan akal manusia tanpa keimanan yang teguh kepada Allah s.w.t. seluruh anggota Yahuda berubah bagaikan kilat, seterusnya turut sama berubah seperti suara nabi Isa a.s. Dia ditangkap lalu dibunhu oleh kaum yahudi.

Ya kawan-kawan...

Janganlah kita menjadi orang-orang yang mengkhianati kawan kita  sendiri. Mengkianati kawan sendiri akan membawa padah yang memakan diri sendiri. Pada hari ini kita lihat, ramai manusia mempergunakan kawan-kawan untuk mengaut keuntungan kepada diri sendiri.

Isa Al Masih rasul ajaib

Pantun

Lahir kedunia tidak berbapa

Wafatnya baginda bukan di salib

Tetapi di ganti Yahuza durjana

 

Sekian sahaja kisah saya pada hari ini. Wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.

 


Posted by pgpisr at 9:55 AM EST
Teks Bercerita dari al Qur'an 2009
Mood:  cool
Topic: Teks cerita lelaki

TAJUK:

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH.

Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,                         Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,                     

Hijrah membentuk perpaduan.

            Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.

Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah  bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina  Ali dan Saidina Abu Bakar .  Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "

              Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan  remaja.Jadi, kita sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta  izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.

Rakan-rakan sekalian,

                  Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali  tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

 tbrã?ä3ôJt?amp;#402;ur ã?ä3ôJt?amp;#402;ur ª!$# ( ª!$#ur ç?amp;#381;ö?yz tûïÌ?Å6»yJø9$# ÇÌÉÈ

Ertinya :  “. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”

   Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang.  

Hadirin sekalian,

                  Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba  dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

?amp;#376;w óOà)s? Ïm?amp;#8249;Ïù #Y?amp;#8240;t/r& 4 î?amp;#8240;Éfó¡yJ©9 }§Åc?amp;#8482;é& ?amp;#8217;n?tã 3?amp;#8220;uqø)­G9$# ô`ÏB ÉA¨rr& BQöqt?amp;#402; ?amp;#8216;,ymr& br& tPqà)s? Ïm?amp;#8249;Ïù 4

Ertinya : “ Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.

 

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah  mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah  bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan  rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling penting dan utama  dalam kehidupan kita.

                      Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :

????????amp;#710;?? ???amp;#8240; ???amp;#8222;?amp;#8222;?amp;#8216;?amp;#381;?amp;#8225;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;?

Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung

Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya

              Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan

             Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TAJUK :

NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS

 

Hadirin sekalian...

            Nabi Sulaiman merupakan salah seorang putera Nabi Daud a.s sejak berusia belasan tahun. Nabi Sulaiman telah menunjukkan kebijaksanaan , keupaayaan berfikir serta ketelitian dalam dalam membuat sebarang keputusan. Nabi Sulaiman sering mengikut ayahnda dalam perbincangan menyelesaikan masalah-masalah dalam kaumnya. Bahkan baginda pernah menyelesaikan beberapa masalah dan diterima baik oleh kaumnya. Akhirnya Nabi Sulaiman dilantik sebagai pemerintah Bani Israil

 

            Dengan kuasa dan Kehendak Allah yang Maha esa, makhluk-makhluk lain seperti jin, angin dan binatangnturut berada dibawah pemerintahan baginda. Ini kerana baginda dapat berkomunikasi dengan binatang dan lain-lain makhluk. Sebagaimana dalam Surah An Naml ayat 18 :

 

$ygA?A?r'¯»tA? ã@ôJ¨Y9$# (#qè=äz÷A?$# öNà6uZÅ3»|¡tB A?w öNä3¨ZyJÏÜøtsA? ß`»yJøA?n=ßA? ¼çnßA?qãZã_ur óOèdur A?w tbrãA?ãèô±oA? ÇÊÑÈ

Ertinya  : "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

 

Ya kawan-kawan,

Setiap benda yang hidup ini boleh berkata-kata , cuma kita sebagai manusia pendengaran kita terbatas. Maka janganlah kita sewenang-wenangnya merosakkan benda yang hidup di alam ini. Sebagai contoh pemusnahan alam flora dan fauna yang berleluasa pada masa kini.

 

 

Kawan-kawan sekalian,

           

Nabi Sulaiman yang mendengar kata-kata semut, tersenyum dan merasa cukup bersyukur di atas kurnia yang telah diberikan Allah S.W.T kepadanya. Setelah berjaya membangunkan Baitul Maqdis, baginda meneruskan perjalanannya ke Yaman. Setibanya baginda tiba di kota Yaman, baginda dapati burung hud-hud itu tidak ada. Baginda mula menjadi marah dan mengancam akan menghukum burung itu sekiranya ia tidak mempunyai alasan yang kukuh. Tidak lama kemudian datanglah kepada baginda burung hud-hud itu. Berkatalah burung itu kepada baginda :

”Tuanku, aku baru saja melihat sebuah kerajaan yang begitu cantik dan tertarik pada mata kita. Ia adalah di sebuah negeri Saba’ dibawah pemerintahan seorang ratu, iaitu Ratu Balqis” Sebagaimana firman Allah dalam Surah An Naml ayat 24 :

 

$ygA??A?y`ur $ygtBöqs%ur tbrßA?àfó¡oA? ħôJ¤±=Ï9 `ÏB ÈbrßA? «!$#

Ertinya :  "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari Dengan meninggalkan Ibadat menyembah Allah,

 

Kawan-kawan sekalian,

Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan sebarang masalah. Janganlah kita cepat melenting dan terus membuat keputusan tanpa fikirkan akibatnya. Sesungguhnya apa jau takdir Allah mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Sebagai contoh kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, kita seharusnya terima dengan redha dan janganlah menunding kesalahan terhadap sesuatu pihak.  

 

Hadirin sekalian,

        Setelah mendengar perkara tersebut, baginda Nabi Sulaiman terus mengarahkan burung itu untuk hantar surat kepada pemerintahan Ratu Balqis. Ratu Balqis terkejut setelah menerima surat tersebut. Setelah berulang kali  membaca surat itu, Ratu Balqis memenggil para pembesar untuk berbincang. Akhirnya Ratu Balqis mengambil keputusan untuk berdamai kerana peperangan boleh memusnahkan harta benda malah boleh membuatkan rakyatnya menderita akibat kemiskinan. Ratu Balqis cuba mengambil hati Nabi Sulaiman dengan mengutus hadiah yang mahal supaya baginda Sulaiman tertarik dengan hadiah tersebut.

Sementara hadiah disediakan, buung hud-hud pulang ke pangkuan baginda lalu menceritakan hal hadiah tersebut. Lalu Nabi Sulaiman menitahkan para jinnya untuk membina sebuah istana yang idah lagi tiada tandingan.

    Nabi Sulaiman menyambut kedatangan orang-orang Ratu Balqis dengan ramah. Setelah mendengar tujuan kedatangan serta Nabi Sulaiman mengarahkan agar hadiah-hadiah itu dikembalikan, lalu berpesan sesungguhnya Allah memberikannya rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah. Baginda mengarahkan mereka balik dan berpesan kepada ratu Balqis, bahawasanya baginda akan menyerang dengan bala tentera yang terkuat sekiranya enggan menyerah.Demi menyelamatkan diri, maka Ratu Balqis bersedia untuk menyerah diri. Firman Allah dalam surah An Naml ayat 37 

ôìÅ_öA?$# öNÍköA?s9Î) Nßg¨YtA?Ï?ù'uZn=sù 7A?qãYèg¿2 A?w A?@t6Ï% Mçlm; $pkÍ5

Ertinya :  "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka Demi Sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka Dengan angkatan tentera Yang mereka tidak terdaya menentangnya,

 

Janganlah kita berasa sombong dan angkuh dengan apa yang kita miliki, malah kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Pada masa sekarang ramai orang yang memiliki harta yang melimpah, mereka begitu angkuh dengan apa dimiliki malah cuba mengelak untuk membantu orang-orang yang memerlukannya.

 

Kawan-kawan,

Nabi Sulaiman berhasrat untuk menunjukkan anugerah yang telah Allah berikan. Maka baginda bertanya kepada para jinnya yang sanggup mendapatkan singgahsana Ratu Balqis sebelum sampai ke istana baginda. Setelah mendapat singgahsana tersebut, bagnda meminta mengubah singgahsana tersebut. Sejurus Ratu Balqis tiba, beliau amat terkejut dengan singgahsana tersebut yang seakan sama dengan kepunyaannya. Ratu Balqis kemudiannya masuk ke sebuah ruang yang dibina khas untuknya. Beliau kagum dengan kekuasaan Allah. Ratu Balqis insaf dengan kelemahannya selama ini dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Akhirnya Ratu Balqis  , menyerah diri dengan ikhlas.

 

 

 

 

 

Firman Allah dalam Surah An Naml ayat 42 :

$uZA?Ï?ré&ur zOù=Ïèø9$# `ÏB $ygÎ=ö7s% $¨Zä.ur tûüÏHÍ>ó¡ãB ÇÍËÈ

Ertinya : Kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan Kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".

 

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa tiada siapa yang dapat menandinginya. Sebijak mana kita sebagai manusia ada batasnya. Janganlah kita berasa sombong dengan apa yang kita lakukan kerana semua itu adalah kepunyaan Allah S.W.T.

 

Setakat ini saja kisah saya pada kali ini,. Sekian Wabillahi tawfiq Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

TAJUK:

KISAH ASHABUL KAHFI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : KISAH ASHABUL KAHFI

 

Hadirin sekalian…..

Al-Kahf dalam bahasa Arab bermaksud gua… Kisah ini mengisahkan 7 orang pemuda yang mengasingkan diri mereka ke sebuah gua demi menjaga keimanan mereka dan ketaqwaan kepada Allah Tujuan mereka hanya untuk berdakwah… …..Mengapakah mereka mengasingkan diri?............

Tahukah hadirin sekalian …….7 orang pemuda ini mengasingkan diri mengelakkan diri daripada pimpinan seorang raja ketika itu Raja Daqyanus yang terkenal dengan kekejamannya…… Demi menjaga keselamatan diri mereka dibunuh dan dipancung maka bersembunyilah mereka di dalam gua.

Hadirin sekalian ,

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah.. Mereka sungguh letih. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka.. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Akhirnya duduklah pemuda-pemuda itu di dalam gua. Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka malah ingin membunuh mereka. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini lebih panjang.

 

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 10 :

(#qä9$s)sù !$uZ­/uA? $uZÏ?#uä `ÏB y7Rà$©! ZptHôqyA? ø×ÄhA?ydur $oYs9 ô`ÏB $tRÌA?øBr& #YA?x©uA? ÇÊÉÈ

Ertunya : Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Hadiran sekalian,  

Setiap perkara yang kita lakukan ada hikmah di sebaliknya. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat kejayaan. Kita tidak boleh cepat berputus asa, malah kita mesti berdoa agar usaha kita ini akan diberkati dan terpelihara.

Kawan-kawan

Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan akan terancam? Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan.

 Tiba-tiba berkata seorang dari mereka “Sepatutnya kaum kita yang menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah .”  

“Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang mereka sembah” sahut seorang lagi.
‘Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.

Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 15 :

ÏäIwàs¯»yd $oYãBöqs% (#räA?sA?ªB$# `ÏB ÿ¾ÏmÏRrßA? ZpygÏ9#uä

Ertinya : “ Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah”

Hadirin sekalian ,

Setiap perkara itu hendaklah dilaksanakan bukan mengikut emosi dan bukan hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Kita seharusnya berpandukan kepada Al-Quran dan As Sunnah. Kita lihat sekarang ramai orang Islam yang bijak pandai tak semuanya berpegang teguh kepada akidah. Ada yang sanggup menyekutukan Allah semata-mata mencapai cita-cita mereka.

Kawan-kawan

Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari, minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka. Mereka terus lena.  Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota mereka bergerak-gerak.  Mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di pintu gua yang menimbulkan rasa gerun jika ada manusia yang hampir. Surah Al Kahfi ayat 18:

öNßgç6Ïk=s)çRur |N#sA? ÈûüÏJuA?ø9$# |N#sA?ur ÉA$yJÏe±9$# ( Oßgç6ù=x.ur ÔÝÅ¡»t/ ÏmøA?tã#uA?ÏA? ÏA?A?Ϲuqø9$$Î/

Erttinya : “ Dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua”

Kawan-kawan...

Allah sentisa memelihara hambanya yang taat akan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Apa jua malapetaka dan bahaya menimpa ada hikmahnya. Yang penting adalah keikhlasan kita. Pada hari ini kita lihat ramai pendakwah tumbuh bagaikan cendawan untuk berdakwah. Ada yang dikutuk  dan dicaci apabila masyarakat tidak mahu menerima kebaikan.

Kawan –kawan,

Beberapa kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan mereka tertanya-tanya sesama sendiri.

“Berapa lama kita tidur?”
”Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari”
”Allah jua yang lebih mengetahui” 

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat :

(#qèWÎ6s9ur A?Îû óOÎgÏÿôgx. y]»n=rO 7psA?($ÏB A?úüÏZÅA?

Ertinya  : “  ..dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun

Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan gangguan itu. Tiba-tiba berkata salah seorang mereka  “Bawa wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal.” Pesan mereka lagi “ Bawalah pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu  berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan”. Tambah mereka lagi , “Jika tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini”  

Kawan – kawan ...

Allah menyatakan  mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar. Mungkin bagi kita , tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari Allah yang amat besar.Allah membuatkan  kita tertanya-tanya agar kita tidak berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatanNya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan sentiasa berfikir.  

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian,  wabillahi taufik wal hidaya wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

 

TAJUK :

DAKWAH NABI NUH TERHADAP KAUMNYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Terima kasih pengacara majlis,

Para hakim arif bijaksana

Dakwah Nabi Nuh cerita tertulis,

jadikan pedoman sepanjang masa.

 

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah nabi adam.Ayahnya Lamik bin Metusyalih bin Idris.

 Menerima wahyu kenabian dalam masa “fatrah” iaitu masa kekosongan di antara dua rasul. Kaumnya telah melupakan ajaran agama dan kembali syirik serta melakukan kemungkaran.

Nabi Nuh telah diperintah oleh allah untuk berdakwah kepada kaumnya, firman Allah dalam surah Nuh ayat 2

tA$s% ÉQöqs)»tA? A?ÎoTÎ) ö/ä3s9 ÖA?A?ÉA?tR îûüÎ7A?B ÇËÈ

Mafhumnya: dia berkata hai kaumku! Sesungguhnya aku ini pemberi peringatan yang terang kepadamu.

Zaman sekarangpun ramai manusia syirik dan dan melanggar perintah Allah,sepatutnya kita mestilah sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah

 

Kawan-kawan,

Nabi Nuh adalah seorang yang sangat mulia dikurniakan dengan sifat-sifat yang terpuji, fasih berkata-kata, bijaksana dan sabar.

 

Tetapi kawan-kawan, sekian lama nabi nuh berdakwah sedikit sahaja yang mengikutnya. Menurut satu riwayat hanya lebih kurang seratus orang sahaja yang beriman kepada allah.

Sedikit bukan!.

Mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang miskin sahaja. Orang-orang yang kaya raya, berpangkat tinggi dan yang berpengaruh tetap dengan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Kawan-kawan; orang kaya-kaya ini mengemukakan syarat lagi pada Nabi Nuh dengan berkata: Wahai Nuh! Jika engkau hendak kami mengikutmu,jauhiklah pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani,buruh dan hamba-hamba.

?YU?U?U?U?U?U??? ??U?U?U???U?U?U?U?U?U?U?U?U? ??U??YU???U?U?U???

                              Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’

 

Kita tidak boleh membeza pangkat,harta dan kendudukan,semua manusia sama saja di sisi Allah yang membezakan hanya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah

 

Namun kawan-kawan…..

Nabi Nuh tetap bersabar dan tidak jemu-jemu dalam usahanya mengajak umatnya kembali kejalan yang benar iaitu kembali menyembah Allah yang esa.

 

Selama 950 tahun nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya. Tetapi apa yang diperolehi olehnya hanyalah cacian, maki hamun dan ejekan dari orang-orang yang engkar kepada Allah.

Sambil mereka berkata kepada nuh,

Hai Nuh! Bukankah engkau hanya seorang daripada kami, tidak ada perbezaan pun diantara kami sebagai manusia,jikalau betul allah akan mengutus seorang rasul, nescaya allah akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami ikut ajarannya dan bukan manusia seperti engkau yang miskin ini. Kata mereka dengan penuh bongkak dan takbur.

 

Ya kawan-kawan.

Begitulah sikap kaumnya setiap kali nabi Nuh mengajak mereka kembali kepada Allah.

Setelah sekian lama nabi nuh berdakwah kepada kaumnya masih juga tidak berhasil walaupun telah melakukan tugasnya dengan segala daya usaha akhirnya harapan nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan iblis.

Ya kawan-kawan…tanamkan keimanan penuh di dada moga di jauhi godaan iblis laknatul Allah.Iblis adalah musuh umat islam yang utama,oleh itu kita hendaklah menguatkan iman untuk mengelak bisikan dan godaan iblis

Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah dalm surah Nuh ayat 26 :

tA$s%ur ÓyqçR Éb>§A? A?w öA?xA?s? A?n?tã ÇÚöA?F{$# z`ÏB tûïÍA?Ïÿ»s3ø9$# #·A?$­A?yA? ÇËÏÈ

Mafhumnya :  “Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!”

 

Selepas sahaja permintaan nabi nuh itu maka turunlah wahyu dari allah yang memerintahkan baginda supaya membina sebuah bahtera yang besar.

Dengan kudrat yang ada dan dibantu oleh pengikut-pengikutnya, nabi allah nuh mula membuat sebuah bahtera seperti yang diperintahkan jauh dari perkampungan.

Apabila diketahui oleh kaumnya maka cacian dan hinaan yang lebih dasyat lagi diterima oleh nabi nuh dan pengikut-pengikutnya.

Ejek mereka, “hai Nuh! Sejak bila engkau menjadi tukang kayu dan pembuat kapal”. Sambil ketawa. Kata mereka lagi, “adakah engkau mengharapkan angin meniupkan kapal ini kelaut”

Lalu nabi nuh menjawab dengan tenang “Tunggulah saatnya,, azab allah dan hukuman Allah akan menimpa keatas kamu”.

Kita hendaklah bersabar apabila menerima cacian dan ejekan dalam menyampaikan dakwah islam sebagaimana yang ditunjukan oleh nabi Nuh ini.Sesungguhnya Allah akan sentiasa arang-orang yang sabar.

 

Alah telah berfirman dalam surah hud ayat 41

* tA$s%ur (#qç7A?2öA?$# $pkA?Ïù ÉOó¡Î0 «!$# $yg11A?øgxC !$yg8yA?öA?ãBur 4 ¨bÎ) A?În1uA? ÖA?qàÿtós9 ×LìÏm§A? ÇÍÊÈ  

Ertinya :  ”dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya Yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya”

 

 

 

Dengan kuasa Allah maka telah datanglah hujan yang mencurah-curah dan berlakulah banjir yang amat dasyat sehingga tidak ada yang dapat menyelamatkan diri dari ditenggelami oleh air.

Kita hendaklah jangan ingkar kepada perintah Allah,fenomena banjir yang berlaku penghujung disember di Negara kita mungkin semakin banyak maksiat yang berlaku di Negara kita.

Begitulah kawan-kawan kisah teladan nabi Nuh dengan kaumnya yang ingkar akan perintah Allah dan akhirnya mati akibat banjir besar.

 

Sekian . Saya sudahi cerita saya dengan lafaz wabillahi taufiq walhidayah wassala.mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted by pgpisr at 9:48 AM EST
Updated: Thursday, 12 February 2009 9:53 AM EST
Saturday, 7 February 2009
Salam Perkenalan
Mood:  happy

Assalamualaikum, kepada semua ahli persatuan saya doakan semoga sihat sejahtera dan dapat menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur dan amanah.

YDP PGPI


Posted by pgpisr at 7:36 PM EST

Newer | Latest | Older