Make your own free website on Tripod.com
 
« August 2014 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
You are not logged in. Log in

BLOG PGPISR
Thursday, 12 February 2009
Teks Bercerita dari al Qur'an 2009
Mood:  cool
Topic: Teks cerita lelaki

TAJUK:

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH.

Hijrah itu pengorbanan,

Hijrah itu perjuangan,                         Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,                     

Hijrah membentuk perpaduan.

            Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah muslimin Mekah ke Madinah.

Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah supaya berhijrah  bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina  Ali dan Saidina Abu Bakar .  Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda . Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan Mekah "

              Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan  remaja.Jadi, kita sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta  izin dan restu dari ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.

Rakan-rakan sekalian,

                  Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. Sebab itulah perjalanan Baginda bersama Saidina Abu Bakar tetap berjalan dengan lancar walaupun banyak halangan. Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali  tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Baginda juga tidak terus ke Madinah sebaliknya bersembunyi dahulu di Gua Thur selama beberapa hari hingga keadaan menjadi reda barulah baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

 tbrã?ä3ôJt?amp;#402;ur ã?ä3ôJt?amp;#402;ur ª!$# ( ª!$#ur ç?amp;#381;ö?yz tûïÌ?Å6»yJø9$# ÇÌÉÈ

Ertinya :  “. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”

   Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang.  

Hadirin sekalian,

                  Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar singgah di Quba  dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari . Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

?amp;#376;w óOà)s? Ïm?amp;#8249;Ïù #Y?amp;#8240;t/r& 4 î?amp;#8240;Éfó¡yJ©9 }§Åc?amp;#8482;é& ?amp;#8217;n?tã 3?amp;#8220;uqø)­G9$# ô`ÏB ÉA¨rr& BQöqt?amp;#402; ?amp;#8216;,ymr& br& tPqà)s? Ïm?amp;#8249;Ïù 4

Ertinya : “ Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.

 

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke Madinah. Setelah  mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk Madinah  bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah, baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan  rumah Abu Ayub Al-Anshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku perkara-perkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling penting dan utama  dalam kehidupan kita.

                      Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar. Baginda bersabda :

????????amp;#710;?? ???amp;#8240; ???amp;#8222;?amp;#8222;?amp;#8216;?amp;#381;?amp;#8225;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;? ???amp;#381;???amp;#381;?amp;#710;?amp;#381;?amp;#352;?amp;#8224;?

Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung

Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya

              Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan

             Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.

Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TAJUK :

NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS

 

Hadirin sekalian...

            Nabi Sulaiman merupakan salah seorang putera Nabi Daud a.s sejak berusia belasan tahun. Nabi Sulaiman telah menunjukkan kebijaksanaan , keupaayaan berfikir serta ketelitian dalam dalam membuat sebarang keputusan. Nabi Sulaiman sering mengikut ayahnda dalam perbincangan menyelesaikan masalah-masalah dalam kaumnya. Bahkan baginda pernah menyelesaikan beberapa masalah dan diterima baik oleh kaumnya. Akhirnya Nabi Sulaiman dilantik sebagai pemerintah Bani Israil

 

            Dengan kuasa dan Kehendak Allah yang Maha esa, makhluk-makhluk lain seperti jin, angin dan binatangnturut berada dibawah pemerintahan baginda. Ini kerana baginda dapat berkomunikasi dengan binatang dan lain-lain makhluk. Sebagaimana dalam Surah An Naml ayat 18 :

 

$ygA?A?r'¯»tA? ã@ôJ¨Y9$# (#qè=äz÷A?$# öNà6uZÅ3»|¡tB A?w öNä3¨ZyJÏÜøtsA? ß`»yJøA?n=ßA? ¼çnßA?qãZã_ur óOèdur A?w tbrãA?ãèô±oA? ÇÊÑÈ

Ertinya  : "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

 

Ya kawan-kawan,

Setiap benda yang hidup ini boleh berkata-kata , cuma kita sebagai manusia pendengaran kita terbatas. Maka janganlah kita sewenang-wenangnya merosakkan benda yang hidup di alam ini. Sebagai contoh pemusnahan alam flora dan fauna yang berleluasa pada masa kini.

 

 

Kawan-kawan sekalian,

           

Nabi Sulaiman yang mendengar kata-kata semut, tersenyum dan merasa cukup bersyukur di atas kurnia yang telah diberikan Allah S.W.T kepadanya. Setelah berjaya membangunkan Baitul Maqdis, baginda meneruskan perjalanannya ke Yaman. Setibanya baginda tiba di kota Yaman, baginda dapati burung hud-hud itu tidak ada. Baginda mula menjadi marah dan mengancam akan menghukum burung itu sekiranya ia tidak mempunyai alasan yang kukuh. Tidak lama kemudian datanglah kepada baginda burung hud-hud itu. Berkatalah burung itu kepada baginda :

”Tuanku, aku baru saja melihat sebuah kerajaan yang begitu cantik dan tertarik pada mata kita. Ia adalah di sebuah negeri Saba’ dibawah pemerintahan seorang ratu, iaitu Ratu Balqis” Sebagaimana firman Allah dalam Surah An Naml ayat 24 :

 

$ygA??A?y`ur $ygtBöqs%ur tbrßA?àfó¡oA? ħôJ¤±=Ï9 `ÏB ÈbrßA? «!$#

Ertinya :  "Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari Dengan meninggalkan Ibadat menyembah Allah,

 

Kawan-kawan sekalian,

Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan sebarang masalah. Janganlah kita cepat melenting dan terus membuat keputusan tanpa fikirkan akibatnya. Sesungguhnya apa jau takdir Allah mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Sebagai contoh kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, kita seharusnya terima dengan redha dan janganlah menunding kesalahan terhadap sesuatu pihak.  

 

Hadirin sekalian,

        Setelah mendengar perkara tersebut, baginda Nabi Sulaiman terus mengarahkan burung itu untuk hantar surat kepada pemerintahan Ratu Balqis. Ratu Balqis terkejut setelah menerima surat tersebut. Setelah berulang kali  membaca surat itu, Ratu Balqis memenggil para pembesar untuk berbincang. Akhirnya Ratu Balqis mengambil keputusan untuk berdamai kerana peperangan boleh memusnahkan harta benda malah boleh membuatkan rakyatnya menderita akibat kemiskinan. Ratu Balqis cuba mengambil hati Nabi Sulaiman dengan mengutus hadiah yang mahal supaya baginda Sulaiman tertarik dengan hadiah tersebut.

Sementara hadiah disediakan, buung hud-hud pulang ke pangkuan baginda lalu menceritakan hal hadiah tersebut. Lalu Nabi Sulaiman menitahkan para jinnya untuk membina sebuah istana yang idah lagi tiada tandingan.

    Nabi Sulaiman menyambut kedatangan orang-orang Ratu Balqis dengan ramah. Setelah mendengar tujuan kedatangan serta Nabi Sulaiman mengarahkan agar hadiah-hadiah itu dikembalikan, lalu berpesan sesungguhnya Allah memberikannya rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah. Baginda mengarahkan mereka balik dan berpesan kepada ratu Balqis, bahawasanya baginda akan menyerang dengan bala tentera yang terkuat sekiranya enggan menyerah.Demi menyelamatkan diri, maka Ratu Balqis bersedia untuk menyerah diri. Firman Allah dalam surah An Naml ayat 37 

ôìÅ_öA?$# öNÍköA?s9Î) Nßg¨YtA?Ï?ù'uZn=sù 7A?qãYèg¿2 A?w A?@t6Ï% Mçlm; $pkÍ5

Ertinya :  "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka Demi Sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka Dengan angkatan tentera Yang mereka tidak terdaya menentangnya,

 

Janganlah kita berasa sombong dan angkuh dengan apa yang kita miliki, malah kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Pada masa sekarang ramai orang yang memiliki harta yang melimpah, mereka begitu angkuh dengan apa dimiliki malah cuba mengelak untuk membantu orang-orang yang memerlukannya.

 

Kawan-kawan,

Nabi Sulaiman berhasrat untuk menunjukkan anugerah yang telah Allah berikan. Maka baginda bertanya kepada para jinnya yang sanggup mendapatkan singgahsana Ratu Balqis sebelum sampai ke istana baginda. Setelah mendapat singgahsana tersebut, bagnda meminta mengubah singgahsana tersebut. Sejurus Ratu Balqis tiba, beliau amat terkejut dengan singgahsana tersebut yang seakan sama dengan kepunyaannya. Ratu Balqis kemudiannya masuk ke sebuah ruang yang dibina khas untuknya. Beliau kagum dengan kekuasaan Allah. Ratu Balqis insaf dengan kelemahannya selama ini dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Akhirnya Ratu Balqis  , menyerah diri dengan ikhlas.

 

 

 

 

 

Firman Allah dalam Surah An Naml ayat 42 :

$uZA?Ï?ré&ur zOù=Ïèø9$# `ÏB $ygÎ=ö7s% $¨Zä.ur tûüÏHÍ>ó¡ãB ÇÍËÈ

Ertinya : Kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan Kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".

 

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa tiada siapa yang dapat menandinginya. Sebijak mana kita sebagai manusia ada batasnya. Janganlah kita berasa sombong dengan apa yang kita lakukan kerana semua itu adalah kepunyaan Allah S.W.T.

 

Setakat ini saja kisah saya pada kali ini,. Sekian Wabillahi tawfiq Wal Hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

TAJUK:

KISAH ASHABUL KAHFI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : KISAH ASHABUL KAHFI

 

Hadirin sekalian…..

Al-Kahf dalam bahasa Arab bermaksud gua… Kisah ini mengisahkan 7 orang pemuda yang mengasingkan diri mereka ke sebuah gua demi menjaga keimanan mereka dan ketaqwaan kepada Allah Tujuan mereka hanya untuk berdakwah… …..Mengapakah mereka mengasingkan diri?............

Tahukah hadirin sekalian …….7 orang pemuda ini mengasingkan diri mengelakkan diri daripada pimpinan seorang raja ketika itu Raja Daqyanus yang terkenal dengan kekejamannya…… Demi menjaga keselamatan diri mereka dibunuh dan dipancung maka bersembunyilah mereka di dalam gua.

Hadirin sekalian ,

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah.. Mereka sungguh letih. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak langkah mereka.. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Akhirnya duduklah pemuda-pemuda itu di dalam gua. Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka malah ingin membunuh mereka. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini lebih panjang.

 

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 10 :

(#qä9$s)sù !$uZ­/uA? $uZÏ?#uä `ÏB y7Rà$©! ZptHôqyA? ø×ÄhA?ydur $oYs9 ô`ÏB $tRÌA?øBr& #YA?x©uA? ÇÊÉÈ

Ertunya : Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Hadiran sekalian,  

Setiap perkara yang kita lakukan ada hikmah di sebaliknya. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat kejayaan. Kita tidak boleh cepat berputus asa, malah kita mesti berdoa agar usaha kita ini akan diberkati dan terpelihara.

Kawan-kawan

Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan akan terancam? Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan.

 Tiba-tiba berkata seorang dari mereka “Sepatutnya kaum kita yang menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah .”  

“Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang mereka sembah” sahut seorang lagi.
‘Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.

Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 15 :

ÏäIwàs¯»yd $oYãBöqs% (#räA?sA?ªB$# `ÏB ÿ¾ÏmÏRrßA? ZpygÏ9#uä

Ertinya : “ Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah”

Hadirin sekalian ,

Setiap perkara itu hendaklah dilaksanakan bukan mengikut emosi dan bukan hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Kita seharusnya berpandukan kepada Al-Quran dan As Sunnah. Kita lihat sekarang ramai orang Islam yang bijak pandai tak semuanya berpegang teguh kepada akidah. Ada yang sanggup menyekutukan Allah semata-mata mencapai cita-cita mereka.

Kawan-kawan

Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari, minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka. Mereka terus lena.  Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota mereka bergerak-gerak.  Mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di pintu gua yang menimbulkan rasa gerun jika ada manusia yang hampir. Surah Al Kahfi ayat 18:

öNßgç6Ïk=s)çRur |N#sA? ÈûüÏJuA?ø9$# |N#sA?ur ÉA$yJÏe±9$# ( Oßgç6ù=x.ur ÔÝÅ¡»t/ ÏmøA?tã#uA?ÏA? ÏA?A?Ϲuqø9$$Î/

Erttinya : “ Dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua”

Kawan-kawan...

Allah sentisa memelihara hambanya yang taat akan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Apa jua malapetaka dan bahaya menimpa ada hikmahnya. Yang penting adalah keikhlasan kita. Pada hari ini kita lihat ramai pendakwah tumbuh bagaikan cendawan untuk berdakwah. Ada yang dikutuk  dan dicaci apabila masyarakat tidak mahu menerima kebaikan.

Kawan –kawan,

Beberapa kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan mereka tertanya-tanya sesama sendiri.

“Berapa lama kita tidur?”
”Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari”
”Allah jua yang lebih mengetahui” 

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat :

(#qèWÎ6s9ur A?Îû óOÎgÏÿôgx. y]»n=rO 7psA?($ÏB A?úüÏZÅA?

Ertinya  : “  ..dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun

Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan gangguan itu. Tiba-tiba berkata salah seorang mereka  “Bawa wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal.” Pesan mereka lagi “ Bawalah pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu  berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan”. Tambah mereka lagi , “Jika tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini”  

Kawan – kawan ...

Allah menyatakan  mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar. Mungkin bagi kita , tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari Allah yang amat besar.Allah membuatkan  kita tertanya-tanya agar kita tidak berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatanNya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan sentiasa berfikir.  

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian,  wabillahi taufik wal hidaya wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

 

TAJUK :

DAKWAH NABI NUH TERHADAP KAUMNYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Terima kasih pengacara majlis,

Para hakim arif bijaksana

Dakwah Nabi Nuh cerita tertulis,

jadikan pedoman sepanjang masa.

 

Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah nabi adam.Ayahnya Lamik bin Metusyalih bin Idris.

 Menerima wahyu kenabian dalam masa “fatrah” iaitu masa kekosongan di antara dua rasul. Kaumnya telah melupakan ajaran agama dan kembali syirik serta melakukan kemungkaran.

Nabi Nuh telah diperintah oleh allah untuk berdakwah kepada kaumnya, firman Allah dalam surah Nuh ayat 2

tA$s% ÉQöqs)»tA? A?ÎoTÎ) ö/ä3s9 ÖA?A?ÉA?tR îûüÎ7A?B ÇËÈ

Mafhumnya: dia berkata hai kaumku! Sesungguhnya aku ini pemberi peringatan yang terang kepadamu.

Zaman sekarangpun ramai manusia syirik dan dan melanggar perintah Allah,sepatutnya kita mestilah sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah

 

Kawan-kawan,

Nabi Nuh adalah seorang yang sangat mulia dikurniakan dengan sifat-sifat yang terpuji, fasih berkata-kata, bijaksana dan sabar.

 

Tetapi kawan-kawan, sekian lama nabi nuh berdakwah sedikit sahaja yang mengikutnya. Menurut satu riwayat hanya lebih kurang seratus orang sahaja yang beriman kepada allah.

Sedikit bukan!.

Mereka ini terdiri dari kalangan orang-orang miskin sahaja. Orang-orang yang kaya raya, berpangkat tinggi dan yang berpengaruh tetap dengan kesombongan dan keangkuhan mereka.

Kawan-kawan; orang kaya-kaya ini mengemukakan syarat lagi pada Nabi Nuh dengan berkata: Wahai Nuh! Jika engkau hendak kami mengikutmu,jauhiklah pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani,buruh dan hamba-hamba.

?YU?U?U?U?U?U??? ??U?U?U???U?U?U?U?U?U?U?U?U? ??U??YU???U?U?U???

                              Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara’

 

Kita tidak boleh membeza pangkat,harta dan kendudukan,semua manusia sama saja di sisi Allah yang membezakan hanya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah

 

Namun kawan-kawan…..

Nabi Nuh tetap bersabar dan tidak jemu-jemu dalam usahanya mengajak umatnya kembali kejalan yang benar iaitu kembali menyembah Allah yang esa.

 

Selama 950 tahun nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya. Tetapi apa yang diperolehi olehnya hanyalah cacian, maki hamun dan ejekan dari orang-orang yang engkar kepada Allah.

Sambil mereka berkata kepada nuh,

Hai Nuh! Bukankah engkau hanya seorang daripada kami, tidak ada perbezaan pun diantara kami sebagai manusia,jikalau betul allah akan mengutus seorang rasul, nescaya allah akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami ikut ajarannya dan bukan manusia seperti engkau yang miskin ini. Kata mereka dengan penuh bongkak dan takbur.

 

Ya kawan-kawan.

Begitulah sikap kaumnya setiap kali nabi Nuh mengajak mereka kembali kepada Allah.

Setelah sekian lama nabi nuh berdakwah kepada kaumnya masih juga tidak berhasil walaupun telah melakukan tugasnya dengan segala daya usaha akhirnya harapan nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan iblis.

Ya kawan-kawan…tanamkan keimanan penuh di dada moga di jauhi godaan iblis laknatul Allah.Iblis adalah musuh umat islam yang utama,oleh itu kita hendaklah menguatkan iman untuk mengelak bisikan dan godaan iblis

Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah dalm surah Nuh ayat 26 :

tA$s%ur ÓyqçR Éb>§A? A?w öA?xA?s? A?n?tã ÇÚöA?F{$# z`ÏB tûïÍA?Ïÿ»s3ø9$# #·A?$­A?yA? ÇËÏÈ

Mafhumnya :  “Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!”

 

Selepas sahaja permintaan nabi nuh itu maka turunlah wahyu dari allah yang memerintahkan baginda supaya membina sebuah bahtera yang besar.

Dengan kudrat yang ada dan dibantu oleh pengikut-pengikutnya, nabi allah nuh mula membuat sebuah bahtera seperti yang diperintahkan jauh dari perkampungan.

Apabila diketahui oleh kaumnya maka cacian dan hinaan yang lebih dasyat lagi diterima oleh nabi nuh dan pengikut-pengikutnya.

Ejek mereka, “hai Nuh! Sejak bila engkau menjadi tukang kayu dan pembuat kapal”. Sambil ketawa. Kata mereka lagi, “adakah engkau mengharapkan angin meniupkan kapal ini kelaut”

Lalu nabi nuh menjawab dengan tenang “Tunggulah saatnya,, azab allah dan hukuman Allah akan menimpa keatas kamu”.

Kita hendaklah bersabar apabila menerima cacian dan ejekan dalam menyampaikan dakwah islam sebagaimana yang ditunjukan oleh nabi Nuh ini.Sesungguhnya Allah akan sentiasa arang-orang yang sabar.

 

Alah telah berfirman dalam surah hud ayat 41

* tA$s%ur (#qç7A?2öA?$# $pkA?Ïù ÉOó¡Î0 «!$# $yg11A?øgxC !$yg8yA?öA?ãBur 4 ¨bÎ) A?În1uA? ÖA?qàÿtós9 ×LìÏm§A? ÇÍÊÈ  

Ertinya :  ”dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya Yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya”

 

 

 

Dengan kuasa Allah maka telah datanglah hujan yang mencurah-curah dan berlakulah banjir yang amat dasyat sehingga tidak ada yang dapat menyelamatkan diri dari ditenggelami oleh air.

Kita hendaklah jangan ingkar kepada perintah Allah,fenomena banjir yang berlaku penghujung disember di Negara kita mungkin semakin banyak maksiat yang berlaku di Negara kita.

Begitulah kawan-kawan kisah teladan nabi Nuh dengan kaumnya yang ingkar akan perintah Allah dan akhirnya mati akibat banjir besar.

 

Sekian . Saya sudahi cerita saya dengan lafaz wabillahi taufiq walhidayah wassala.mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted by pgpisr at 9:48 AM EST
Updated: Thursday, 12 February 2009 9:53 AM EST

Newer | Latest | Older