Selamat datang ke laman web Persatuan Guru Pendidikan Islam Daerah Ranau, Sabah. Semoga laman web ini dapat menjadi sebagai
penghubung sesama ahli persatuan. Biar pun laman ini tidak secanggih mana tetapi diharap semoga ianya menjadi satu permulaan
yang baik dan berguna.
MATLAMAT PERSATUAN
Matlamat persatuan ini ialah antara lain bertujuan:
1. Menyelaras aktiviti-aktiviti guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah
rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam daerah Ranau.
2. Untuk melindungi dan memajukan hak,kepentingan
serta menjaga kebajikan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam
daerah Ranau.
3. Membantu Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dalam hal-hal yang berkaitan dengan
Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.
4.Menyelaras
kursus, seminar dan aktiviti yang berkaitan dengan Islam bagi murid-murid dan guru-guru yang beragama Islam dalam daerah Ranau.
5.
Membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah Kementerian
Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.
6. Membantu aktiviti-aktiviti yang berkaitan J'Qaf sekiranya diperlukan.
7.
Untuk menyediakan platform untuk komunikasi dan pertukaran pendapat di kalangan ahli.
8. Untuk mengekalkan dan mempertingkatkan
taraf profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan (termasuk pameran), dan penerbitan di kalangan guru-guru
pendidikan Islam sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.
9. Untuk memberi peluang mengutarakan
serta membicarakan isu-isu berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum.
10. Menjadi saluran
komunikasi antara ahli dengan pihak PPD, SPPIM dan JAPIM berkaitan isu-isu akademik dann profesionalisme.
11. Untuk
mengutara dan menyebarluaskan pendapat bermaklumat tentang pelbagai aspek kepentingan akademik melalui penerbitan, seminar
dan sebagainya.
12. Untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan para ahli melalui aktiviti sosial, pendidikan dan lain-lain.
 |

BERITA TERKINI
PENGUMUMAN
Cadangan MTQSS daerah Ranau.
Tarikh: 4(Pendaftaran/Cabut undi) & 5(Pertandingan) Mac 2009
(Rabu & Khamis)
Tuan rumah: SMK Paduka Mat Salleh, Ranau
 |