PERSATUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAERAH RANAU, SABAH.

Home | TAZKIRAH | Sejarah | Buku Perlembagaan | Carta Organisasi | Aktiviti

khat.gif

Selamat datang ke laman web Persatuan Guru Pendidikan Islam Daerah Ranau, Sabah. Semoga laman web ini dapat menjadi sebagai penghubung sesama ahli persatuan. Biar pun laman ini tidak secanggih mana tetapi diharap semoga ianya menjadi satu permulaan yang baik dan berguna.

MATLAMAT PERSATUAN

Matlamat persatuan ini ialah antara lain bertujuan:

1. Menyelaras aktiviti-aktiviti guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam daerah Ranau.

2. Untuk melindungi dan memajukan hak,kepentingan serta menjaga kebajikan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam daerah Ranau.

3. Membantu Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Ranau dalam hal-hal yang berkaitan dengan Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.

4.Menyelaras kursus, seminar dan aktiviti yang berkaitan dengan Islam bagi murid-murid dan guru-guru yang beragama Islam dalam daerah Ranau.

5. Membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum Pendidikan Islam di sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.

6. Membantu aktiviti-aktiviti yang berkaitan J'Qaf sekiranya diperlukan.

7. Untuk menyediakan platform untuk komunikasi dan pertukaran pendapat di kalangan ahli.

8. Untuk mengekalkan dan mempertingkatkan taraf profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan (termasuk pameran), dan penerbitan di kalangan guru-guru pendidikan Islam sekolah rendah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di daerah Ranau.

9. Untuk memberi peluang mengutarakan serta membicarakan isu-isu berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum.

10. Menjadi saluran komunikasi antara ahli dengan pihak PPD, SPPIM dan JAPIM berkaitan isu-isu akademik dann profesionalisme.

11. Untuk mengutara dan menyebarluaskan pendapat bermaklumat tentang pelbagai aspek kepentingan akademik melalui penerbitan, seminar dan sebagainya.

12. Untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan para ahli melalui aktiviti sosial, pendidikan dan lain-lain.


gunungkinabalu.jpg

BERITA TERKINI

PENGUMUMAN
Cadangan MTQSS daerah Ranau.
Tarikh: 4(Pendaftaran/Cabut undi) & 5(Pertandingan) Mac 2009
(Rabu & Khamis)
Tuan rumah: SMK Paduka Mat Salleh, Ranau



powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

google

Yahoo

JAPIM

JAKIM

Kementerian Pelajaran Malaysia

Open University

BLOG PGPISR